Siapa di sini yang suka makan tapai ubi kayu? Kebiasaannya budak-budak zaman sekarang kurang minat dengan tapai ubi kayu kerana rasanya yang masam. Jadi, kalau tak suka makan tapai ubi kayu, apa kata kita variasikan menu ini dengan membuat muffin pula. Confirm korang akan suka! Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ika Farhanifa di Cookpad.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

MUFIN TAPAI UBI KAYU

Siapa di sini yang suka makan tapai ubi kayu? Kebiasaannya budak-budak zaman sekarang kurang minat dengan tapai ubi kayu kerana rasanya yang masam. Jadi, kalau tak suka makan tapai ubi kayu, apa kata kita variasikan menu ini dengan membuat muffin pula. Confirm korang akan suka! Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ika Farhanifa di Cookpad.

BAHAN-BAHAN
  • 200 gram tapai ubi kayu

  • 250 gram tepung serbaguna

  • 150 gram gula

  • 25 gram susu tepung

  • 2 biji telur

  • 60 gram marjerin

  • 1 sudu teh baking powder

  • 1 sudu teh serbuk vanila

  • 1/2 sudu teh garam

  • 1/2 sudu teh baking soda

  • 60 ml minyak masak

  • 250 ml susu cair

BAHAN – BAHAN TOPPING
  • Coklat chip

  • Keju parut

Kredit: Ika Farhanifa

CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan semua bahan. Pertama sekali, cairkan marjerin, dan lenyekkan tapai ubi.

  • Campurkan telur, gula, dan kacau sehingga gula larut.

  • Masukkan tapai ubi, kacau sehingga sebati.

  • Masukkan marjerin cair, minyak dan garam. Kacau perlahan.

  • Tambahkan susu cair dan kacau rata.

  • Tapiskan tepung, susu tepung, baking powder dan baking soda. Gaul perlahan sehingga semuanya campur sebati dan nampak licin.

  • Tuang dalam bekas, bakar pada suhu 170°c, api atas bawah, dengan masa +- 20 minit. Tunggu sehingga masak.

  • Sudah masak dan sedia untuk dihidang. Boleh dimakan panas-panas dan sejuk.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.