Kalau anda teringin minum jamu tapi tak tahu nak beli jenama apa, boleh buat jus kunyit ini. Jus kunyit ini pun jamu tau! Kalau korang nak tahu, sebenarnya jus kunyit banyak kelebihan dan kebaikan antaranya boleh mengembalikan dan memulihkan lenguh-lenguh badan. Jus ini juga sesuai untuk ibu-ibu yang masih dalam pantang untuk mengeluarkan angin-angin di dalam badan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Atie Sweetchocberries di Cookpad!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

JUS KUNYIT

Kalau anda teringin minum jamu tapi tak tahu nak beli jenama apa, boleh buat jus kunyit ini. Jus kunyit ini pun jamu tau! Kalau korang nak tahu, sebenarnya jus kunyit banyak kelebihan dan kebaikan antaranya boleh mengembalikan dan memulihkan lenguh-lenguh badan. Jus ini juga sesuai untuk ibu-ibu yang masih dalam pantang untuk mengeluarkan angin-angin di dalam badan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Atie Sweetchocberries di Cookpad!

BAHAN-BAHAN
  • 10 helai daun sireh

  • 2 batang serai

  • 1 sudu besar asam jawa

  • 5 ketul kunyit hidup

  • 1 inci halia bara atau halia biasa

  • 2 biji cekur

  • 3 sudu madu

  • 3 sudu gula merah

  • 1 biji manjakani

  • 1 liter air lebih pun tak apa

CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan bahan-bahan dan kisar bahan seperti sireh, serai, manjakani, kunyit, halia, dan cekur ditambah air. Kisar sehingga hancur dan masukkan separuh air.

  • Tapis semua hasil kisar tadi.

  • Masukkan kedalam periuk dan rebus, tambahkan lagi baki air tadi kedalam periuk. Apabila sudah mendidih masukkan gula merah, madu dan air asam jawa.

  • Air rebusan akan berubah keperang perangan, didihkan lebih kurang dalam 15 minit api perlahan, dan boleh ditutup api.

  • Biarkan sejuk dan boleh disimpan didalam peti ais. Biasanya stok jus kunyit ini boleh bertahan selama 2-3 minggu. Boleh minum selang sehari.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.