PENULIS

najahnurul

KATEGORI

Tips & Petua

POSTED ON

2020-02-16

Siapa pernah kalau periuk nasi dekat rumah rosak, korang masak nasi atas dapur je? Tapi bila nak masak nasi atas dapur tu memerlukan cara yang betul sebab sekiranya salah cara memasak, nasi akan menjadi hangit dan juga berkerak. Tapi jika cara yang betul digunakan korang hanya memerlukan masa yang sekejap sahaja untuk memasak nasi. Jom cuba cara masak nasi atas dapur gas yang dikongsikan oleh Rozita Jaafar Sekdek di Cookpad.

Kredit: Rozita Jaafar Sekdek

BAHAN-BAHAN

  • Setengah pot beras
  • Air secukupnya mengikut sukatan dan jenis beras

Kredit : Rozita Jaafar Sekdek

CARA-CARA

  1. Keluarkan periuk. Seelok-eloknya gunakan periuk stainless steel.
  2. Sukat beras yang nak dimasak. Selepas itu, basuh dan bilas beras dengan air beberapa kali.
  3. Bila air bilasan sudah jernih dan tak keruh lagi, tambah air mengikut sukatan dan jenis beras. Kalau guna beras biasa, boleh letak air bersamaan sukatan beras, iaitu kalau guna 1 cawan beras hanya perlu tambah 1 cawan air.
  4. Letakkan periuk di atas api. Jangan tutup periuk, biarkan sahaja periuk terbuka.
  5. Bila air sudah menggelegak dan buih mula naik, kecilkan api supaya air tak melimpah keluar.
  6. Apabila nasi sudah mulai kering berbunyi ‘crackle crackle’ (biar permukaan atas nasi nampak berair sikit), jangan tunggu lama-lama, terus tutup api dan tutup periuk. Biarkan selama 5-10 minit sebelum dihidang.
  7. Siap untuk dihidang, nasi akan masak elok dan tak melekat pada periuk.