cara lembutkan ayam kampung

Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya agak keras. Oleh itu, anda perlu guna cara lembutkan ayam kampung yang betul.

Sebenarnya, gelaran ayam kampung itu datangnya daripada ayam yang diternak secara kecil-kecil di belakang rumah dalam kawasan kampung.

Pelbagai jenis ayam kampung seperti ayam hutan, ayam sabung, ayam serama dan banyak lagi. Pergilah mana-mana kampung pun, pasti anda dapat lihat haiwan ini berkeliaran di merata tempat.

Terdapat pelbagai petua boleh digunakan untuk melembutkan ayam kampung yang keras dan salah satu cara paling menarik adalah dengan menggunakan buah nanas.

Enzim yang terkandung di dalam buah nanas boleh membantu ayam kampung yang pada mulanya keras, akhirnya menjadi lebih lembut. Bukan itu saja, malah isinya juga tak liat lagi.

Sekali-sekala ubah selera dengan memasak ayam kampung, apalah salahnya. Jika begitu, anda boleh belajar cara lembutkan ayam kampung yang mudah ini. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Cara Buang Air Sotong Yang Betul, Boleh Elak Lauk Jadi Kecut Atau Liat Nanti

CARA LEMBUTKAN AYAM KAMPUNG

1. Mula-mula, kisar halus buah nanas seperti buat jus.

cara lembutkan ayam kampung

2. Selepas itu, curahkan atas ayam kampung dan gaul rata.

cara lembutkan ayam kampung

3. Biarkan ayam kampung lebih kurang 5 hingga 10 minit, tapi tak boleh lama sangat.

4. Akhir sekali, bilas ayam kampung dengan bersih. Siap untuk dimasak!

Lihat betapa mudahnya cara lembutkan ayam kampung ini dan hasilnya memang memuaskan. Manalah tahu tiba-tiba mak mentua minta tolong masak, taklah kekok nanti.

Buat pengetahuan anda, ada orang yang pernah gunakan cara ini untuk lembutkan daging yang liat juga. Oleh itu, bolehlah cuba praktikkan di rumah nanti.

Orang tua-tua kata, bagus makan ayam kampung ini supaya badan sihat. Jadi, jangan lupa untuk kongsikan tips menarik ini kepada keluarga dan kawan-kawan yang suka memasak.

Semoga bermanfaat!

Sumber: snfkitchen_90

Baca juga: Tips Goreng Bihun Supaya Tak Lembik, Hasil Pun Menjadi Tanpa Rasa Kejung!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN