hilangkan bau dalam microwave

Rupa-rupanya, ada cara hilangkan bau dalam microwave dan teknik cuci versi ‘malas’ tak sampai 10 minit pun. Baru selesa dan puas hati untuk menggunakannya.

Microwave sering digunakan untuk memanaskan makanan. Sisa makanan yang ditinggalkan di dalam microwave boleh terkumpul dan menyebabkan bau yang tidak menyenangkan, serta menjadi tempat yang sesuai untuk pertumbuhan bakteria dan kulat.

Baca juga: Cara Mudah Bersihkan Bekas Plastik Berminyak, Masukan Satu Bahan Ini

Sisa makanan yang dipanaskan secara berterusan dan dibiarkan boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan. Mencuci microwave dengan kerap dapat membantu mengelakkan bau yang tidak diingini dan memastikan aroma makanan sentiasabersih.

Berikut adalah beberapa “hacks” atau cara mudah untuk membersihkan microwave. 


HILANGKAN BAU DALAM MICROWAVE & CARA CUCI VERSI ‘MALAS’, 10 MINIT DAH SIAP BERSIH

hilangkan bau dalam microwave

Bahan-bahan yang diperlukan: 

  • Mangkuk kaca
  • Sedikit air 
  • 2 biji limau
  • Sedikit sabun pinggan
  • Sedikit cuka

Cara-cara membersih:

1. Campurkan ke semua bahan di atas ke dalam mangkuk kemudian kacau secara sederhana.

2. Kemudian, masukkan mangkuk tersebut ke dalam microwave.

3. Setkan masa microwave ke 3 minit kemudian tekan ‘start’.

4. Apabila selesai, anda boleh nampak wap air di dalamnya. Biarkan wap tersebut kira-kira 2 minit kemudian lap hingga kering.

5. Keluarkan plate microwave dan lap juga hingga kering.

6. Siap dan bersih.

hilangkan bau dalam microwave


Pastikan anda sentiasa mematikan microwave dan pastikan permukaannya sejuk sebelum mula membersihkannya. Sentiasa semak arahan pengendalian gelombang mikro untuk memastikan keselamatan dan penyelenggaraan yang betul.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Nurain Natasya

Baca juga: Petua Pilih Ikan Pari Segar, Pari Hancing Sebab Datang Bulan Hanya Mitos!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN