PENULIS
najahnurul
KATEGORI
Tips & Petua
POSTED ON
2021-02-04
Mesti ramai yang akan simpan kuey teow dalam peti ais lepas dah beli sebab tak tahu nak masak bila kan? Tapi bila dah simpan dalam peti ais susah pula apabila nak masak, mesti kuey teow untuk akan putus dan tak cantik. Sebenarnya ada cara supaya kuey teow tu tidak putus bila dimasak. Jom baca cara defrost kuey teow yang disimpan di dalam peti ais yang telah dikongsikan oleh Zeiti Anne Tan di Facebook.
Kredit:Zeiti Anne Tan
BAHAN-BAHAN
- Air
- Kuey Teow
CARA-CARA
- Masuk kuey teow di dalam microwave.
- Panaskan selama 3 minit.
- Selepas itu, biarkan kuey teow itu sejuk.
- Cuci kuey teow tersebut dengan air dan toskan.
- Terus masuk kuali dan siap.
TIPS
Hanya cuci bila betul-betul sebelum nak masuk kuali ya, jangan cuci awal-awal nanti kuey teow akan melekat.