Cara buat tauhu berlauk ini adalah sangat mudah, sesuai untuk minum petang atau sarapan. Hidangan ini cukup sedap bila dimakan dengan sambal kicap yang pedas dan manis, terutama semasa masih panas.
Anda juga boleh sediakan lebih awal dan simpan dalam peti sejuk. Hanya tinggal goreng bila nak makan. Memang sangat mudah dan cepat, sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja.
Baca juga: Tips Simpan Tauhu Supaya Tahan Lama, Berminggu Pun Tak Rosak & Masam
CARA BUAT TAUHU BERLAUK & SAMBAL KICAP ISTIMEWA
Bahan-bahan tauhu:
- 2 ketul isi ayam bahagian dada (cincang halus)
- 4 keping tauhu lembut
- 3 bungkus tauhu telur
- 3 biji telur
- 1/2 batang carrot (potong dadu halus)
- Daun sup
- Daun bawang
- 1 kiub pati ayam
- Lada putih berperisa Ajinomoto
- Garam secukup rasa
- 1 sudu besar tepung gandum (jika adunan nampak cair)
Cara buat tauhu:
1. Kisar tauhu petak, tauhu telur, telur, kiub pati ayam, garam, dan serbuk lada putih hingga halus dan sebati.
2. Masukkan dalam bekas. Campurkan carrot, daun bawang, daun sup, dan isi ayam yang dicincang. Gaul sebati.
3. Masukkan dalam bekas, kukus selama 15-20 minit. (Boleh juga kukus dalam acuan lompang).
4. Bila sejuk, potong mengikut bentuk yang disukai (petak atau segi tiga).
5. Pukul 2 biji telur, celup tauhu berlauk, goreng sehingga kekuningan.
Bahan sambal kicap:
- 10 tangkai cili padi
- 10 ulas bawang merah rose
- 4 ulas bawang putih
- Gula pasir secukupnya
- Kicap manis
- Sedikit jus limau kasturi
Cara buat sambal kicap:
1. Bawang merah dimayang dan dibuat bawang goreng.
2. Goreng cili padi bersama bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kulit cili padi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan.
3. Kisar atau tumbuk cili padi, bawang putih, dan bawang goreng tadi (jika nak struktur nampak kasar). Saya blend je sebab nak cepat.
4. Masukkan gula, kicap manis, dan jus limau kasturi. Sebatikan.
Kredit resipi dan gambar: Nur Masri
Baca juga: Resipi Tauhu Goreng Crispy Cicah Sambal Kicap, Ini Petua Elak Melekat & Hancur