Pernah dengar tentang cuka epal? Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV) sebenarnya ialah jus epal yang telah melalui proses penapaian.
Proses ini menukarkan jus epal kepada asid asetik. Sebab itulah rasa cuka epal agak masam dan tajam.
Bukan sekadar cuka biasa, cuka epal memiliki banyak nutrien yang baik untuk badan.
Puan Siti Hazneza ada berkongsikan cara membuat apple cider homemade. Ada epal banyak kat rumah tu boleh cuba buat!
1. Epal Granny Smith dan Royal Gala yang sudah mula lesu. Tujuh biji semuanya.
2. Kupas semua epal.
3. Dadukan epal dan masukkan dalam blender. Tambah air secukupnya dan kisar.
4. Anda boleh tapis sekarang atau masak terus dengan pulpa epal dan tapis kemudian.
5. Saya masak terus epal yang dimesin dan saya tambah sekali ganda air (sebab ramai nak minum).
Saranan saya, hanya tambah sedikit sahaja air supaya rasa epal lebih kuat.
Masukkan 2 sudu makan gula, 2 inci kulit kayu manis dan 3-5 kuntum bunga cengkih.
6. Panaskan atas api perlahan sehingga mendidih tetapi tidak perlu sampai menggelegak. Boleh minum terus atau tapis sehingga jernih.
Saya tapis sekali dengan penapis teh yang dari kain (seperti di kedai mamak tu).
7. Hidangkan panas atau suam. Manis epal dan rempah-ratus yang hangat memang sedap ketika hujan atau mengeteh (mengepal?) sambil borak-borak.
Jom kita semak khasiat cuka epal untuk kesihatan tubuh!
Kredit: Siti Hazneza Abdul Hamid
Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…
Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…
Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…
Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…
Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…
Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…