Pelbagai jenis masakan yang menggunakan santan seperti lauk pauk, manisan, kuih muih dan minuman. Oleh itu, anda perlu tahu cara buat santan segar di rumah.
Santan merupakan cecair yang terhasil daripada parutan isi buah kelapa. Berbeza dengan air kelapa, rasa lemak dan warna santan datangnya daripada kandungan minyak yang banyak.
Mereka yang duduk di kampung pasti mudah untuk dapatkan santan segar dengan cara memerah kelapa yang telah diparut dengan menggunakan mesin kelapa.
Berbeza dengan mereka yang duduk di bandar, memang agak sukar untuk dapatkan santan segar. Lebih-lebih lagi, ramai yang gunakan santan kotak untuk memasak pada zaman moden ini kerana mudah.
Baca juga: Cara Simpan Santan Kotak Besar Dengan Lebih Jimat, Guna 2 Bahan Saja!
Jika anda mempunyai kelapa yang masih belum diparut, lebih elok ia terus digunakan supaya kesegarannya terjamin. Namun, tak semua kedai runcit ada mesin kelapa dan dibuka setiap hari.
Namun, tak perlu risau jika tiada mesin kelapa di rumah kerana kami akan kongsikan cara buat santan segar dengan isi kelapa yang sangat mudah. Jom kita tengok caranya!
CARA BUAT SANTAN SEGAR DENGAN ISI KELAPA
1. Mula-mula, sediakan kelapa yang nak digunakan.
2. Seterusnya, korek-korek isi kelapa dan letakkannya dalam mangkuk. Boleh pecahkan sedikit kelapa supaya isinya lebih mudah untuk dikorek.
3. Selepas itu, masukkan isi kelapa dalam pengisar bersama sedikit air.
4. Kemudian, kisar isi kelapa sehingga lumat.
5. Akhir sekali, tapis dan perah isi kelapa yang telah dikisar tadi. Siap untuk digunakan!
Selepas cuba cara buat santan segar dengan isi kelapa ini, anda boleh memilih untuk terus gunakan atau bekukannya dahulu untuk memasak nanti.
Buat anda yang telah bekukan santan segar, pastikan ia disimpan mengikut bahagian yang anda selalu guna untuk masak supaya santan tak cepat rosak.
Semoga bermanfaat!
Sumber: NorbayaDahalan
Baca juga: Tips Memasak Bila Terlebih Pedas, Masin, Masam Dan Manis, Rupanya Kena Buat Macam Ini