Korang pernah tak makan golden balls di Sushi King? Menu ini adalah gabungan telur rebus yang digoreng bersama serbuk roti dan mempunyai isi ketam di atasnya. Golden balls ini adalah antara menu yang menjadi pilihan ramai orang sekiranya makan di Sushi King.

Tapi sebenarnya kalau korang nak jimat duit, boleh sahaja buat di rumah. Cara pembuatannya pun sangat mudah yang penting puas makan, jom cuba resepi golden balls ala Sushi King ini.

Bahan-bahan

  • 8 biji telur yang telah direbus dan dibuang kulit
  • Serbuk roti
  • Tepung
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN

  1. Letak serbuk roti, tepung, dan telur dalam mangkuk berasingan, letak garam sedikit pada serbuk roti.
  2. Goreng sampai perang keemasan dengan api sederhana.
  3. Selesai menggoreng, ketepikan, supaya dia suam sebelum memotong.
  4. Untuk topping pula, guna 6 batang immitation crab meat  dan 2 sudu besar membukit mayonis.
  5. Campurkan 1 sudu besar roasted sesame dressing dan 1/2sudu kecil serbuk lada hitam dan masukkan garam secukup rasa.
  6. Rebus dan carikkan imitation crab meat tersebut, dan gaul bersama bahan-bahan yang lain.
  7. Potong telur kepada separuh dan letak topping di atas bahagian telur tersebut.
  8. Siap dan selamat mencuba.

 

 

Sumber: Jajja Mckenzie