bawang goreng garing

Biasa beli saja kan bawang goreng? Rupanya tak susah mana nak buat bawang goreng garing ni. Tapi ada kena letak 1 bahan supaya bawang goreng lagi rangup.

Nur Aida Md Zainuddin ada berkongsikan cara-cara membuat bawang goreng yang sama sedap macam beli. Jom cuba!

RESIPI BAWANG GORENG GARING

Bahan-bahan:

  • Bawang merah kecil
  • Sedikit garam
  • Tepung beras
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Kupas bawang, basuh bersih dan toskan. Kemudian hiris nipis bawang merah kecil.

bawang goreng garing

2. Panaskan minyak dalam kuali, sambil itu masukkan sedikit garam dan tepung beras dalam bawang tadi. Nipis-nipis saja supaya rangup. (tepung beras jangan banyak)

3. Goreng bawang sehingga keperangan.

bawang goreng garing

4. Angkat dan toskan buang minyak supaya garing.

bawang goreng garing

5. Simpan dalam bekas tertutup, siap!

Kredit: Nur Aida Md Zainuddin

Baca juga: Cara Mudah Buat Bawang Putih Goreng Yang Crunchy & Tak Pahit

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN