Categories: Tips & Petua

Cara Bersihkan Minyak Tumpah Atas Karpet, Guna Satu Bahan Saja Sudah Cukup!

Ada orang yang suka hias dapur dengan karpet supaya nampak lebih kemas. Sebagai langkah persediaan, anda perlu ambil tahu tentang cara bersihkan minyak tumpah atas karpet.

Pelbagai situasi boleh terjadi di dapur dan minyak tertumpah merupakan salah satu daripadanya. Jika bukan anak yang tumpahkan, kita sendiri yang terlanggar atau terlepas tangan.

Sesetengah orang terfikir untuk terus hantar karpet kotor ke dobi, sedangkan terdapat cara membersihkannya dengan lebih mudah dan boleh buat sendiri di rumah.

Oleh itu, jangan panik jika menghadapi masalah ini kerana anda boleh gunakan cara bersihkan minyak tumpah atas karpet yang kami kongsikan di bawah. Jom kita tengok!

Baca juga: Cara Bersihkan Air Fryer Berminyak Tanpa Sental, Guna 2 Bahan Je Terus Berkilat!

CARA BERSIHKAN MINYAK TUMPAH ATAS KARPET

1. Mula-mula, taburkan tepung pada permukaan karpet yang terkena tumpahan minyak (boleh guna apa-apa jenis tepung).

2. Selepas itu, biarkan seketika dan tunggu sampai tepung menyerap minyak.

3. Kemudian, kais tepung yang yang sudah terserap minyak dengan menggunakan senduk atau sudip dan terus buang.

4. Akhir sekali, bersihkan lebihan tepung yang tak terserap minyak dengan menggunakan penyapu atau lebih mudah, sedut dengan pembersih vakum. Siap!

Memang menjadi masalah jika minyak tertumpah kerana harus dibersihkan dengan segera. Lebih lebih lagi jika tertumpah atas karpet kesayangan, memang pening kepala dibuatnya.

Jika tak dibersihkan dengan cepat, minyak boleh melekat pada karpet dan membuatkan anda tak selesa memijaknya ketika berada di dapur. Silap-silap, sampai terasa melekit-lekit pada kaki.

Selain itu, minyak yang melekat pada karpet di dapur boleh mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan jika dibiarkan terlalu lama. Jika keluarga mak mentua datang ke rumah, malu dibuatnya.

Dapur adalah ruang rumah yang sering digunakan, jadi perlulah tahu tentang cara bersihkan minyak tumpah ini supaya anda sekeluarga lebih selesa nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Ruri_ferori

Baca juga: Cara Hilangkan Pedas Pada Blender, Bau Cili Pun Tak Melekat Lagi!

Aimi

Recent Posts

Kek Marble Sukatan Cawan Yang Mudah, Bau Harum Semerbak Satu Rumah!

Apabila bercerita tentang pencuci mulut, terus teringin nak makan kek yang sedap. Nak buat dengan…

4 hours ago

Cara Potong & Simpan Ikan Masin Agar Tahan Lama, Boleh Tahan Sampai Setahun!

Penggemar ikan masin pasti sentiasa wajib ada stok di rumah. Namun, ramai yang mungkin tertanya-tanya…

5 hours ago

Kuih Apam Puri Inti Kastard, Setiap Gigitan Rasa Lembut Berkrim Yang Puas!

Nampak macam karipap, tapi inilah kuih Apam Puri yang disukai ramai sekarang. Lebih-lebih lagi, inti…

5 hours ago

Resipi Kerepek Gunting Versi Tak Pedas & Tak Keras, Senang Kunyah!

Resepi kerepek gunting versi ini sesuai untuk anak kecil kerana tidak pedas. Ia juga tidak…

6 hours ago

Resipi Tiramisu Tanpa Telur, WAJIB Guna Krim Keju Ini Untuk Rasa Lagi Sedap!

Pencuci mulut yang sedang tular ini terkenal dengan rasa kopi yang kaya dan tekstur yang…

6 hours ago

Resepi Rempeyek Rangup Tanpa Acuan, Wanita Ini Kongsi Cara Tebar Guna Tepi Kuali

Rempeyek adalah snek paling disukai ramai, terutama ketika musim perayaan. Biasanya dibuat dengan acuan, namun…

8 hours ago