Alangkah sedapnya dapat makan ubi keledek bakar yang panas-panas. Selain menggunakan oven, anda juga boleh guna cara bakar ubi keledek dengan air fryer yang cukup mudah.
Ubi keledek merupakan sejenis sayur ubi yang kaya dengan vitamin, karbohidrat dan karotena yang berasal dari Amerika Tengah dan Barat Laut Amerika Latin.
Buat pengetahuan anda, ubi keledek merupakan antara tujuh tanaman terpenting dunia selain padi, gandum, kentang, jagung, ubi kayu dan barli.
Malah, ada banyak variasi ubi keledek yang ada seperti ungu, oren dan putih.
Tambahan pula, anda boleh gunakan ubi keledek untuk menghasilkan pelbagai hidangan seperti kuih, kerepek, keledek goreng dan banyak lagi.
Ramai yang suka makan ubi keledek bakar secara panas-panas yang cukup memuaskan. Tapi sebenarnya, ada cara untuk membakarnya dengan lebih mudah di rumah.
Perkongsian video di TikTok oleh watermummy_5k tentang cara bakar ubi keledek dalam air fryer sungguh menarik kerana isinya jadi empuk dan berjus. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Cara Bersihkan Air Fryer Berminyak Tanpa Sental, Guna 2 Bahan Je Terus Berkilat!
1. Mula-mula, cuci ubi keledek dengan bersih terlebih dahulu.
2. Kemudian, masukkan ubi keledek ke dalam air fryer dan tetapkan suhu 200ºC selama 20 minit.
3. Selepas 20 minit, keluarkan semua ubi keledek daripada air fryer dan rendam sekejap dalam air.
4. Setelah rendam, masukkan semula ubi keledek ke dalam air fryer dan tetapkan suhu 200ºC selama 20 minit lagi. Siap untuk dinikmati!
Biasanya, banyak pasir yang melekat pada ubi keledek, jadi pastikan untuk mencucinya dengan bersih bagi menghilangkan segala kotoran yang ada padanya.
Cara bakar ubi keledek guna air fryer ini cukup mudah dan anda boleh nikmatinya sebagai hidangan minum petang di rumah bersama keluarga tersayang.
Semoga bermanfaat!
Sumber: watermummy_5k
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Bakar Ikan Guna Air Fryer, Mudah Dan Cepat Siap!
Apabila bercerita tentang pencuci mulut, terus teringin nak makan kek yang sedap. Nak buat dengan…
Penggemar ikan masin pasti sentiasa wajib ada stok di rumah. Namun, ramai yang mungkin tertanya-tanya…
Nampak macam karipap, tapi inilah kuih Apam Puri yang disukai ramai sekarang. Lebih-lebih lagi, inti…
Resepi kerepek gunting versi ini sesuai untuk anak kecil kerana tidak pedas. Ia juga tidak…
Pencuci mulut yang sedang tular ini terkenal dengan rasa kopi yang kaya dan tekstur yang…
Rempeyek adalah snek paling disukai ramai, terutama ketika musim perayaan. Biasanya dibuat dengan acuan, namun…