Tak perlu susah payah nak sediakan bara api untuk memanggang kerana anda boleh gunakan cara bakar sate menggunakan oven di rumah dengan lebih mudah.
Sate ataupun satai adalah sejenis makanan dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa atau buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.
Pelbagai jenis sate yang ada sekarang seperti sate ayam, daging, ikan dan banyak lagi. Senang cerita, semuanya sedap belaka.
Jika teringin makan dengan air tangan sendiri, boleh gunakan cara bakar Sate Ayam oleh Farwin Amellia di Facebook yang dibuat dengan menggunakan oven di rumah. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Sate Ayam & Daging Guna Air Fryer, Ada Rahsia Hasil Berkilat!
Bahan perap sate untuk 2kg daging ayam:
Bahan-bahan perasa:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, sangai jintan manis, jintan putih, ketumbar dan lada hitam terlebih dahulu, kemudian tumbuk halus atau kisar saja.
2. Selepas itu, kisar serai, bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup dan buah keras bersama bahan yang sudah disangai tadi.
3. Kemudian, pilih bahagian isi ayam dan potong kecil. Agak-agak ikut saiz yang sesuai untuk cucuk dekat lidi.
4. Perap ayam yang sudah dipotong kecil dengan bahan perapan yang telah dikisar tadi.
5. Campurkan perapan ayam dengan perasa secukupnya (saya masukkan madu sikit, gula merah, gula pasir dan garam. Kuantitinya bolehlah agak-agak).
6. Seterusnya, perapkan ayam tadi di dalam peti sejuk. Lebih lama, lebih bagus supaya semua perasanya meresap ke dalam ayam.
7. Sementara menunggu, boleh rendamkan lidi dalam air (orang kata elok rendam dalam 1 jam, sebab nak elakkan daripada mudah patah atau isi melekat).
8. Setelah selesai perap ayam, baru boleh dicucuk pada lidi.
9. Akhir sekali, bolehlah bakar dalam oven menggunakan suhu dalam 180ºC dengan api atas bawah selama 20 hingga 25 minit (bergantung pada oven masing-masing). Siap!
Cara bakar sate dengan oven ini sesuai untuk mereka yang tiada tempat pemanggang khas di rumah. Jika ada nasi impit dan kuah kacang, bertambahlah kesedapannya.
Selamat mencuba!
Sumber: Farwin Amellia
Baca juga: Resepi Kuah Kacang Simple, Sesuai Kalau Nak Cepat Waktu Raya
Apabila bercerita tentang pencuci mulut, terus teringin nak makan kek yang sedap. Nak buat dengan…
Penggemar ikan masin pasti sentiasa wajib ada stok di rumah. Namun, ramai yang mungkin tertanya-tanya…
Nampak macam karipap, tapi inilah kuih Apam Puri yang disukai ramai sekarang. Lebih-lebih lagi, inti…
Resepi kerepek gunting versi ini sesuai untuk anak kecil kerana tidak pedas. Ia juga tidak…
Pencuci mulut yang sedang tular ini terkenal dengan rasa kopi yang kaya dan tekstur yang…
Rempeyek adalah snek paling disukai ramai, terutama ketika musim perayaan. Biasanya dibuat dengan acuan, namun…