Cara nak buat ikan goreng sambal nenas ni tak rumit sangat pun, sesuai untuk dimakan bersama keluarga sebab rasanya pun tak terlalu pedas, jadi kanak-kanak pun boleh nikmati bersama. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ain Mohd Kitchen di Cookpad.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

45 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

IKAN GORENG SAMBAL NENAS

Cara nak buat ikan goreng sambal nenas ni tak rumit sangat pun, sesuai untuk dimakan bersama keluarga sebab rasanya pun tak terlalu pedas, jadi kanak-kanak pun boleh nikmati bersama. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ain Mohd Kitchen di Cookpad.

BAHAN-BAHAN
  • Ikan kembung 7-10 ekor

  • 1 potong nenas (dipotong dadu)
  • 1 biji bawang merah ditumbuk

  • 2 ulas bawang putih ditumbuk

  • 1/2 inci halia ditumbuk

  • 1 batang serai diketuk

  • 1 senduk cili yang sudah dikisar

  • 2 sudu sos tiram

  • 1/2 sudu garam

  • 1/2 sudu perasa masakan Hilal

  • 1/4 sudu gula (boleh guna gula melaka)

  • 1/2 cawan air

Kredit : Ain Mohd Kitchen

CARA PENYEDIAAN
  • Mula-muka sekali sediakan nenas yang sudah dipotong dadu. Kemudian, sediakan ikan dan goreng ikan dengan minyak yang panas. Dah selesai lalu ketepikan.

  • Tumbuk semua bahan yang perlu ditumbuk. Keluarkan sedikit minyak goreng ikan tadd dan tumis bahan yang sudah ditumbuk sehingga garing.

  • Kemudian masukkan cili, sos tiram, nenas, garam, gula, perasa, dan masukkan sedikit air supaya tidak hangus. Gaul sebati dan rasa masakan kita.

  • Kemudian, masukkan ikan yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati. Dah siap dan boleh dihidangkan bersama nasi panas dan lauk pauk yang lain.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.