Bubur merupakan salah satu menu yang lembut untuk dimakan dan sememangnya menjadi kegemaran ramai. Untuk bagi rasa sedikit berlemak, korang boleh guna santan kotak, kalau korang masak 1 cawan beras pun dah boleh bagi satu familly makan tau. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Salina Jalaludin di Cookpad.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

45 min
PENYEDIAAN

6-7 orang
HIDANGAN

BUBUR NASI BERSANTAN

Bubur merupakan salah satu menu yang lembut untuk dimakan dan sememangnya menjadi kegemaran ramai. Untuk bagi rasa sedikit berlemak, korang boleh guna santan kotak, kalau korang masak 1 cawan beras pun dah boleh bagi satu familly makan tau. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Salina Jalaludin di Cookpad.

BAHAN-BAHAN
BAHAN A (BUBUR)
  • 2 cawan beras bubur

  • 2 liter air

  • 4 ketul isi ayam (dipotong dadu)

  • 2 batang lobak merah (dipotong dadu)

  • 2 biji kentang (dipotong dadu)

  • 1 kotak santan (200ml)

  • 2 sudu besar garam

BAHAN B (BAHAN PELENGKAP)
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis goreng

  • 1 pokok daun bawang (dipotong nipis)

  • 1 mangkuk bawang goreng

  • 2 sudu besar cili jeruk

Kredit: Jalina Salaludin

CARA PENYEDIAAN
  • Beras dibasuh bersih dan dimasak sehingga mendidih.

  • Masukkan ayam, kentang dan lobak merah. Masak sehingga empuk.

  • Masukkan santan dan garam. Masak sehingga mendidih sehingga ia masak dengan sempurna. Tutup api.

  • Sedia untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.