bihun goreng simple

Peminat bihun pasti teruja apabila dapat tahu adanya rahsia Bihun Goreng simple tapi sedap teramat. Tambahan lagi, ada tips untuk hasilnya berwarna cantik juga tau.

Bihun merupakan salah satu jenis makanan dari China yang berbentuk seperti mi, tapi lebih nipis dan dibuat daripada tepung beras.

Selain terkenal di negara China, ia juga cukup popular di Malaysia dan Bihun Goreng merupakan antara resipi simple yang disukai ramai sekarang.

Nurul Huda Sulaiman telah kongsikan resipi Bihun Goreng simple di Facebook serta tips supaya warnanya nampak cantik dan sempurna. Jom kita cuba!

Baca juga: Bihun Banyak Di Dapur Sampai Tak Habis Guna, Boleh Buat Kuih Bihun Manis Rangup!

RESIPI BIHUN GORENG SIMPLE

bihun goreng simple

Bahan-bahan:

  • 2 bungkus bihun (rendam dan toskan)
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar bawang besar kisar
  • 4 sudu besar kicap pekat Jalen
  • 4 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 2 kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 1 mangkuk isi ayam
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar gula
  • 1 mangkuk air

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumis bawang putih dan bawang besar kisar bersama hirisan bawang besar sampai naik bau.

2. Selepas itu, masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak.

3. Kemudian, masukkan kicap pekat Jalen, sos cili, sos tomato, garam, kiub pati ayam dan serbuk perasa.

4. Masukkan isi ayam, gula, telur dan air, kemudian masak sampai ayam nampak garing.

bihun goreng simple

5. Akhir sekali, masukkan bihun, sawi, serta tambah gula, garam dan serbuk perasa mengikut selera masing-masing, kemudian sebatikan. Siap untuk dihidang!

Bagi mendapatkan warna bihun yang hasilnya cantik, tak perlu kerap mengacau sewaktu masak. Asalkan anda sebatikannya saja, itu sudah cukup memadai.

Bihun Goreng simple merupakan pilihan resipi paling tepat untuk dibuat jika nak cepat siap masak. Malah, anda boleh gunakannya sebagai hidangan ketika jamuan, berkelah atau potluck.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Huda Sulaiman

Baca juga: Bihun Goreng Singapore Simple, Sesuai Untuk Berkelah Hujung Minggu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN