Bergedil jagung adalah hidangan yang tak asing lagi bagi masyarakat Bugis di Sabah. Hidangan ini biasanya dinikmati bersama Berobbok, sejenis bubur jagung yang dicampur dengan sayur-sayuran.
Resipi ini bukan sahaja mudah disediakan tetapi boleh disesuaikan dengan pelbagai bahan tambahan lain seperti ayam, udang, atau ikan bilis.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mencuba resipi yang pasti memikat selera seisi keluarga. Ikuti sahaja langkah-langkah seperti perkongsian di bawah!
Baca juga: Cara Buat Tauhu Bergedil Berlauk Yang Lembut & Padat, Mudah Kukus Tanpa Acuan!
CARA BUAT BERGEDIL JAGUNG
Bahan-bahan:
- 2 batang jagung (bersihkan, hiris, dan ambil isi jagung sahaja)
- 1 biji bawang merah besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 sudu lada putih (ditumbuk atau dikisar)
- 1 biji telur
- 5 sudu makan penuh tepung gandum
- Sedikit daun bawang
- 2 batang cili merah (dihiris halus)
- Cili padi (jika ingin pedas)
- 1 sudu kecil gula
- Garam secukup rasa (lebih kurang 1 sudu makan penuh)
Cara-cara:
1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga lumat. Jika menggunakan lada putih biji, tumbuk sekali bersama bawang.
2. Jika mahu, isi jagung boleh ditumbuk sedikit.
3. Campurkan semua bahan kecuali tepung ke dalam isi jagung. Kacau rata.
4. Kemudian, masukkan tepung. Jangan tambah air kerana jagung akan mengeluarkan jusnya sendiri, hanya perlu kacau hingga sebati.
5. Panaskan minyak. Ambil sesudu adunan bergedil dan goreng hingga kekuningan menggunakan api sederhana besar.
6. Jika mahu membuat bulat, basahkan tangan, ambil sedikit adunan, dan bulatkan.
7. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Mhdr Nina
Baca juga: