Resepi bendi rebus masak ala nyonya merupakan salah satu menu yang sangat mudah. Menu ini juga sudah cukup nikmat dan sedap kalau makan dengan nasi panas sahaja. Selain daripada mudah nak masak, resepi ini juga sesuai untuk orang yang sedang diet kerana ianya rendah kalori. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Cookpad.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Mudah

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

BENDI REBUS ALA NYONYA

Resepi bendi rebus masak ala nyonya merupakan salah satu menu yang sangat mudah. Menu ini juga sudah cukup nikmat dan sedap kalau makan dengan nasi panas sahaja. Selain daripada mudah nak masak, resepi ini juga sesuai untuk orang yang sedang diet kerana ianya rendah kalori. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Cookpad.

BAHAN-BAHAN
BAHAN A
  • 10 biji bendi – dipotong dua

  • 3 biji bawang merah **

  • 2 ulas bawang putih **

  • 5 biji cili kering – dibuang biji dan direndam air panas **

  • 2 sudu makan udang kering – dibersih dan direndam **

  • 1 inci belacan ** (jika suka)

BAHAN B
  • 1 sudu makan sos tiram

  • 1 sudu kecil serbuk Maggi cukup rasa

CARA PENYEDIAAN
  • Didihkan air sehingga menggelegak, masukkan sedikit minyak masak dan garam. Kemudian masukkan bendi.

  • Sediakan air ais batu, angkat bendi dan terus rendam di dalam air ais batu. Kemudian toskan letakkan di dalam pinggan.

  • Bahan bertanda (**) dikisar lumat, panaskan sedikir minyak tumis sehingga garing dan naik bau.

  • Jika sambal kering masukkan sedikit air panas, letakkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Tuangkan sambal ke atas bendi tadi. Sedia untuk dinikmati.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.