Ada beli kuali baru? Jangan terus guna kalau tak mahu makanan terlekat terus pada kuali. Kuali besi merupakan perkakasan memasak yang wajib dibeli. Jika tiada, tak berasap lah dapur nanti.
Masalah makanan yang digoreng melekat pada kuali memang buat kita geram. Kadang-kadang habis hancur ikan gara-gara melekat.
Rupanya untuk elak kuali dari melekat ini caranya mesti dimulakan sejak awal beli kuali lagi. Kita kena bakar dulu kuali barulah kuali takkan melekat sampai sudah!
Baca juga: Jangan Curah Air Sejuk Dalam Kuali Panas Sebelum Cuci, Ini Kesan Yang Akan Berlaku!
Tip ini dikongsi oleh Wan LuQman di laman Facebook dan telah meraih sehingga 26k shares!
Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti seperti di bawah di mana keseluruhan proses hanya memakan masa selama 30 minit. Hasilnya, kuali yang dibeli akan tahan lama dan menjadikan proses memasak anda lebih mudah. Selamat mencuba!
PETUA BAKAR KUALI BARU
My third kuali. Baru-baru ni jumpa kuali saiz 13″ terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13″… Dah setel masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni.
Baru-baru ini jumpa kuali saiz 13, terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13. Dah setel masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni.
Orang putih cakap “season the wok”. Untuk ape bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jaga dia, tak manjakan dia, dia akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna (untuk yang baru dibeli) dan selepas guna dia.
Proses semua makan masa lebih kurang 30 hingga 45minit bergantung kepada power api dapur anda. Saya punya dapur bukan high pressure, tapi turbo burner.
Langkah-langkah:
1. Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak atau greasy. Itu adalah minyak dari kilang. Kita kena cuci dulu. Tenyeh gos0k dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang kita gonyoh semua.
2. Dah gonyoh guna span besi mesti la nampak kesan tu. Biarkan saja.
3. Setkan api dapur dan mula bakar kuali.
4. Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali ni tau, biar rata semua tempat. Tak perlu lama sangat. Bila dah mula biru, terus alih ke permukaan yang lain. Kalau tidak, ia akan menjadi merah dan akan berkarat di kemudian hari.
5. Lepas dah siap bakar keseluruhan permukaan. Biarkan dahulu kuali selama 10 minit.
6. Selepas 10 minit, kita test season. Letak minyak sikit. Guna tisu dapur untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali.
7. Test run. Goreng lah apa pun, bawang ke, daun bawang ke halia ke serai ke. Seronok waktu ni tengok mereka berlari lara. Goreng je sampai garing atau hangus.
8. Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5 minit. Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun.
9. Lap bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan gaul rata lagi sekali.
10. Bila kita gosok guna tisu sambil api menyaIa, kuali akan mula berasap. Tutup api, siap!
Kemudian hari kalau nak pakai, panasskan dulu kuali, ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali, baru guna. Ini dipanggil pre season.
Buat 2-3 kali pre season, insyaAllah selepas itu kuali akan hitam gelap macam kat restoran tu, itulah yang kita mahu. ‘Confirm’ meIekat sampai sudah.
Semoga bermanfaat.