ayam masak merah kenduri

Salah satu lauk utama yang menjadi pilihan ramai dan paling dicari-cari sewaktu kenduri ialah Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin.

Maimunah Binti Zulkifli telah kongsikan resipi Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin di Facebook, siap ada bahan rahsia supaya lebih sedap. Jom kita cuba!

Baca juga: Nasi Minyak Kampung, Resipi Orang Lama Ini Ternyata Lebih Beraroma

RESIPI AYAM MASAK MERAH KENDURI KAHWIN

ayam masak merah kenduri

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 3 senduk cili kering atau ikut kepedasan masing-masing
  • 3 hingga 5 biji bawang besar
  • 5 biji bawang kecil india
  • 3 hingga 5 ulas bawang putih
  • Kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
  • 2 inci halia
  • 1 tin kecil puree tomato
  • 1 kotak kecil santan
  • 2 hingga 4 sudu makan minyak sapi
  • 2 cawan minyak masak (menggoreng)
  • 3 batang serai
  • 3 helai daun pandan (ikat dan gumpal)
  • 2 biji buah keras
  • ½ botol sos tomato (Kimball)
  • ½ botol sos cili (Kimball
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng ayam separuh masak, angkat, toskan dan ketepikan terlebih dahulu.

2. Selepas itu, panaskan minyak sapi dan masukkan rempah sekawan.

3. Kisar atau racik bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan halia, kemudian tumis sampai naik bau.

4. Seterusnya, masukkan serai dan daun pandan, kemudian tumis sampai naik bau lagi.

5. Masuk kan cili kering dan tumis sampai pecah minyak, kemudian masuk kan buah keras, puree tomato, sos tomato, sos cili, gula dan garam secukup rasa. Tumis lagi sampai pecah minyak.

6. Setelah itu, masukkan ayam dan gaul sebati sampai masak. Apabila ayam sudah masak, masukkan santan pula dan gaul sampai masak lagi. Siap untuk dihidang!

ayam masak merah kenduri

Jika nak hidangan Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin ini nampak lebih menarik, anda boleh taburkan daun sup atau cili besar di atasnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Maimunah Binti Zulkifli

Baca juga: Cara Masak Ayam Kicap Berempah, Biasa Jumpa Lauk Ini Di Kenduri Je

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN