Ayam masak kurma simple

Resepi ayam masak kurma simple ini bahan asasnya lebih kurang seperti anda memasak kari juga. Cuma, bezanya rempah digunakan adalah rempah kurma.

Sesuai dimakan oleh kanak-kanak juga kerana rasa rasa lemak dan rempah yang lembut serta tidak pedas.

Jom cuba resipi ayam masak kurma oleh Cik Puan Nor Misnor menerusi laman sosial Facebook di bawah.

Baca lagi: Resipi Sambal Daging Bersantan, Belum Siap Masak Dah Tak Sabar Nak Makan!

RESEPI AYAM MASAK KURMA

Bahan-Bahan:

Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 4 biji cili besar hijau

Bahan Lain:

  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong kecil)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 4-5 sudu besar rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa

Bahan Hiasan:

  • 3 biji kentang (dibelah 4)
  • 1 biji bawang besar (dibelah 4)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • 2 biji cili besar hijau
  • 2 biji cili besar merah

Cara-Cara Penyediaan:

1. Kisar bahan-bahan seperti bawang besar, bawang putih, halia, dan cili besar hijau hingga halus. Ketepikan.

2.  Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, dan bunga cengkih hingga naik bau harum.

3. Setelah rempah 4 sekawan naik bau, masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga agak garing dan wangi.

4. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga betul-betul garing dan pecah minyak.

5. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil, kentang, dan bawang besar yang telah dibelah 4. Kacau dan biarkan ayam kecut seketika sebelum menambah air.

6.  Masukkan garam secukup rasa dan renehkan ayam sehingga empuk. Pastikan kentang juga lembut.

7. Setelah ayam empuk, masukkan santan pekat, cili besar hijau, cili besar merah, dan tomato. Biarkan mendidih seketika.

8. Apabila kuah telah mendidih dan semua bahan masak sempurna, tutup api. Hidangan Masak Kurma Ayam anda siap untuk dihidangkan.

Tip Tambahan:

Jika anda inginkan lebih kepedasan, boleh tambahkan cili padi mengikut citarasa. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman untuk menambah selera.

Sumber: Nor Misnor

Baca lagi: Sukatan Gula Yang Betul Untuk Air Jamuan, Manis Cukup Rasa Bila Diminum!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN