ayam kukus sos plum

Siapa pernah makan Ayam Kukus Sos Plum Lada Hitam? Katanya sedap sangat dan sesuai dijadikan menu untuk orang berpantang atau yang sedang berdiet sebab rendah kalori.

Walaupun lauk nampak macam biasa saja, warna pucat, tidak garing, tidak pedas namun ia sangat sedap. Sihat pula dari sudut kesihatan.

Berbicara tentang sihat, ayam kukus sos plum lada hitam ini memang antara hidangan yang cukup sihat. Ia tidak berminyak, tidak berkolesterol tinggi.

Baca juga: Cara Buat Ayam Kukus Masak Taucu Pedas Halal, Tinggal Gaul & Kukus Je

Masakan yang paling sederhana dan cepat untuk di masak ini telah dikongsikan oleh NurHashimah Adnan. Cukup makan dengan nasi putih dan kalau hendak rasa pedas makan bersama cili potong.

Untuk lengkapkan hidangan boleh makan bersama sayur pak choy sos tiram dan taugeh celur. Satu keluarga termasuk anak-anak pasti menyukai resipi ini.


RESIPI AYAM KUKUS SOS PLUM LADA HITAM 

Bahan A:

  • 1/2 ekor ayam – dibelah dan dibersihkan
  • 2 inci halia muda – dihiris
  • 1 sdk serbuk pati ayam
  • 2 sudu makan sos plum
  • Garam secukup rasa

Bahan B: Ditumbuk/ Dikisar

  • 5 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 2 sdk lada hitam
  • 1 inci halia

Cara membuatnya:

1. Panaskan air kukusan.

2. Di dalam mangkuk, satukan bahan B dengan sos plum, pati ayam, halia muda dan garam. Gaul rata dan lumur pada ayam.

3. Letakkan ke dalam loyan dan kukus sehingga masak selama 25 minit.

4. Kemudian boleh diangkat dan makan bersama nasi lembik yang masih panas.


Selamat mencuba!

Baca juga: Ayam Kukus Halia Chinese Style, Resipi Viral Untuk Juadah Berbuka

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN