Sekiranya nasi semalam banyak lebih, jangan dibuang ya katakan tidak kepada pembaziran. Di Jepun pernah viral resepi pancake nasi ni, nak buatnya sangat mudah hanya menggunakan apa sahaja bahan yang ada di rumah lalu diolah terus dapat hasilkan menu yang cukup berbeza ini. Paling penting mengenyangkan! Jom cuba resepi pancake nasi leftover yang dikongsikan oleh Nur Dhunaa Ab Maleq di Cookpad.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Mudah

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

2 orang
HIDANGAN

PANCAKE NASI LEFTOVER

Sekiranya nasi semalam banyak lebih, jangan dibuang ya katakan tidak kepada pembaziran. Di Jepun pernah viral resepi pancake nasi ni, nak buatnya sangat mudah hanya menggunakan apa sahaja bahan yang ada di rumah lalu diolah terus dapat hasilkan menu yang cukup berbeza ini. Paling penting mengenyangkan! Jom cuba resepi pancake nasi leftover yang dikongsikan oleh Nur Dhunaa Ab Maleq di Cookpad.

BAHAN-BAHAN
  • 1 cawan nasi

  • 2 biji telur

  • 1/2 batang lobak merah

  • 1 batang sosej

  • 1 sudu teh garam

Kredit: Nur Dhunaa Ab Malek

CARA PENYEDIAAN
  • Sosej dipotong nipis, lobak disagat halus dan satukan nasi bersama bahan tersebut.

  • Tambahkan telur dan tambahkan garam mengikut citarasa masing-masing.

  • Gaul rata sebati kesemuanya.

  • Ambil sesenduk dan letak atas non stick pan. Terbalikkan apabila dia dah sedikit garing dan masak. Siap untuk di hidang.

  • Sedap dimakan bersama sos cili dan mayonis.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.