Terdapat banyak resepi kari ayam simple yang boleh dijadikan rujukan buat anda semua. Ada yang menggunakan santan segar, santan kotak mahupun tidak memakai santan sama sekali.
Buat yang menggunakan santan kotak, pasti ramai yang pernah mengalami situasi di mana kari tidak pecah minyak selepas dimasukkan santan. Sebelum dimasukkan santan, sudah pecah minyak elok.
Oleh itu, jom MyResipi kongsikan tip bagaimana mahu menghasilkan kari ayam yang pecah minyak. Mak-mak yang selalu gagal masak kari, jangan lupa praktikkan tips ini.
Baca juga: Cara Masak Kari Kepala Ikan Merah, Tanpa Guna Santan Tapi Tetap Padu!
RESEPI KARI AYAM SIMPLE & TIP PECAH MINYAK
Berikut merupakan tip kari ayam pecah minyak yang dikongsikan oleh Encik Safwan Adnan:
Hari ini saya nak share tips bagaimana hendak mendapatkan kari @ gulai yang pecah minyak seperti dalam gambar di bawah (sumber dari google).
Sebenarnya saya banyak kali gagal membuat kari @ gulai yang cantik. Cantik di sini bermaksud minyak itu nampak naik hasil dari tumisan rempah-rempah..
Ketika menumis rempah memang dah pecah minyak, tetapi masuk sahaja santan, minyak hilang entah ke mana. Walaupun sekian lama mereneh atas dapur tetap hasil tak cantik seperti di gerai-gerai makan.
Alhamdulillah dan akhirnya saya mendapatkan cara yang sebenarnya adalah cukup mudah. Caranya adalah berikut :
Cara 1:
1. Apabila menumis rempah pastikan air dimasukkan sedikit demi sedikit. Hampir kering tambah air lagi dan ulangi sehingga minyak terbit.
2. Setelah itu masukkan santan cair. Renehkan sebentar dan masukkan santan pekat (diperingkat ini minyak tidak akan terbit dan kari @ gulai kita akan nampak kosong je)
3. Inilah saatnya, kita tambahkan air sedikit demi sedikit. Anda akan nampak minyak mula terbit. Apabila terlihat air berkurang dan hendak ke arah pekat, ulangi lagi dan kecilkan api. Hampir pekat tambah lagi air sehingga minyak terbit sepenuhnya.
4. Jangan risau tentang kepekatan kari, sebab itu air perlu ditambah sedikit demi sedikit supaya kita boleh kawal kepekatan mengikut citarasa kita.
Cara 2:
1. Tumis rempah sampai pecah minyak
2. Santan kotak atau ori campurkan dengan air (kuantiti air sama banyak dengan santan pekat)
3. Apabila tuang dalam kuah akan nampak minyak naik.
4. Kacau sekejap-sekejap supaya tak berketul santan kita.
5. Jangan khuatir dengan kari yang akan nampak cair. Apabila direneh akan pekat kembali yang penting minyak tuh naik.
Cara 3:
1. Setelah rempah pecah minyak, terus letak air.
2. Kemudian letak santan pekat yang dicampur sedikit air (kena agak-agak supaya tak terlebih cair pula)
Sumber: Safwan Adnan
Baca juga: Resipi Gulai Lemak Pisang, Menu Orang Dulu-Dulu Yang Sangat Menyelerakan