Berdasarkan data Persatuan Mi Segera Dunia (WINA) untuk tahun 2024, China dan Hong Kong berada di tangga teratas dalam senarai negara yang paling banyak makan mi segera, dengan penduduknya makan lebih 42 bilion bungkus mi segera setiap tahun!
Negara lain yang turut tersenarai dalam carta penggunaan mi segera tertinggi adalah Indonesia, India, Vietnam, Jepun, Amerika Syarikat, Filipina, Korea Selatan, Thailand dan Nigeria.
Agak mengejutkan juga apabila melihat Amerika Syarikat berada di tangga keenam dalam senarai ini. Mungkin kerana budaya makanan segera yang semakin berkembang di sana. Brazil, Rusia, Nepal dan Mexico melengkapkan senarai 15 negara pengguna mi segera terbanyak di dunia.
Baca juga: Bekas Arkitek Jual Nasi Kerabu di London, Raih Pendapatan Lebih RM2 Juta Setahun!
Data ini menunjukkan betapa popularnya mi segera sebagai pilihan makanan yang mudah, cepat dan murah di seluruh dunia. Dan ya, Malaysia juga termasuk dalam senarai ini, di tangga ke-13!
Walaupun mi segera mudah dan sedap, jangan lupa untuk mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat!
Berikut merupakan senarai penuh 15 negara yang paling banyak makan mi segera:
Sumber: Sinar Harian
Baca juga: Hanya Petik Buah Durian, Lelaki Ini Dedah Raih Pendapatan RM9,227 Sebulan!
Apabila bercerita tentang pencuci mulut, terus teringin nak makan kek yang sedap. Nak buat dengan…
Penggemar ikan masin pasti sentiasa wajib ada stok di rumah. Namun, ramai yang mungkin tertanya-tanya…
Nampak macam karipap, tapi inilah kuih Apam Puri yang disukai ramai sekarang. Lebih-lebih lagi, inti…
Resepi kerepek gunting versi ini sesuai untuk anak kecil kerana tidak pedas. Ia juga tidak…
Pencuci mulut yang sedang tular ini terkenal dengan rasa kopi yang kaya dan tekstur yang…
Rempeyek adalah snek paling disukai ramai, terutama ketika musim perayaan. Biasanya dibuat dengan acuan, namun…