cara hilangkan hanyir ikan

Setiap kali selepas menyiang ikan, bau hanyir pasti akan melekat pada tangan walaupun sudah dicuci dengan sabun. Jangan risau, mari MyResipi kongsikan 10 cara hilangkan bau hanyir ikan itu.

Anda boleh memilih salah satu cara untuk digunakan bergantung pada bahan yang ada di rumah. Biasanya bahan tersebut sudah ada di kebanyakan rumah kerana ia sering dipakai dalam masakan.

Baca juga: Jangan Panik Kalau Tercekik Tulang Ikan, Cuba 11 Petua Ini Untuk Hilangkan!

CARA HILANGKAN HANYIR IKAN PADA TANGAN

1. Garam

Tip yang pertama ini merupakan petua orang-orang lama. Mereka menggunakan garam untuk menyingkir bau hanyir ikan yang melekat pada tangan.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu menabur garam secukupnya pada tangan dan gosokkan tangan dengan garam tersebut.

Kemudian, basuh tangan sehingga bersih.

2. Ubat gigi

Ubat gigi bukan hanya digunakan untuk membersihkan gigi, tetapi ianya juga berkesan untuk menghilangkan bau hanyir pada tangan.

Picit sedikit ubat gigi pada tangan dan ratakan ke seluruh tangan. Bilas sehingga bersih selepas bau hanyir hilang.

3. Cara hilangkan hanyir ikan guna cuka

Cuka mempunyai sifat keasidan yang lebih kurang sama seperti jus lemon. Oleh sebab itu, ia turut boleh digunakan untuk menghilangkan bau hanyir.

Untuk dapatkan hasil yang lebih berkesan, campurkan cuka dan garam terlebih dahulu sebelum disapu pada tangan.

Biarkan selama 1 minit sebelum dibilas dengan air suam. Hasilnya, tangan tidak lagi berbau hanyir.

4. Serbuk kopi

Serbuk kopi juga berkesan menghilangkan bau hanyir ikan. Namun, pastikan guna serbuk kopi yang masih belum digunakan lagi.

Caranya mudah, sapukan sejumlah serbuk kopi pada tangan dan biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas.

5. Sos tomato

Mungkin ini kedengaran agak pelik kan? Tapi kenyataannya sos tomato boleh menghilangkan bau ikan yang melekat pada tangan.

6. Minyak zaitun

Jika anda mempunyai minyak zaitun di rumah, ia juga boleh diguna untuk menghilangkan bau hanyir.

Minyak zaitun mempunyai sebatian yang boleh memecahkan struktur trimethylamine, iaitu bahan yang menjadi punca kepada bau tersebut.

7. Cara hilangkan hanyir ikan guna jus lemon

Buah lemon juga boleh membantu menyingkirkan bau hanyir pada tangan disebabkan oleh sifat keasidannya yang tinggi.

Caranya adalah dengan mencampurkan sedikit soda bikarbonat dan jus lemon untuk dijadikan pes.

Kemudian, sapukan pes tersebut pada tangan yang berbau hanyir dan biarkan selama beberapa minit.

Selepas itu, bilas dengan air sehingga bersih.

8. Daun ketumbar

Daun ketumbar mempunyai bau yang kuat yang boleh menusuk hidung. Oleh sebab itu, ia boleh membantu menghilangkan bau hanyir.

9. Tisu basah bayi

Tisu basah bayi biasanya digunakan untuk mengelap punggung bayi sewatu menukar lampin.

Oleh kerana tisu basah ini mengandungi kandungan pewangi, ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau hanyir yang melekat pada tangan.

10. Cara hilangkan hanyir ikan guna hand sanitizer

Picitkan hand sanitizer secukupnya ke atas telapak tangan. Gosokkan kedua-dua tangan serta celah-celahan jari untuk menghilangkan bau hanyir.

Hand sanitizer mengandungi kandungan alkohol dan bahan-bahan lain yang berkesan membunuh bakteria penyebab bau busuk.

Sumber: Hello Doktor

Baca juga: Ayam Nampak Tak ‘Fresh’? Ikut Petua Ini Supaya Kembali Kemerahan & Tak Berbau

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN