No picture
masakan daripada kelantan,resipi ini adalah daripada kak ipar.mudah disediakan, cepat dan lazat.
Created on :
28-01-2007
Bahan-bahan ( 6 org )
- 4 ekor ikan kembung
- 8 ulas bawang merah
- seinci halia
- 2 1/2 biji santan kelapa
- air asam jawa
- tepung jagung
- garam, gula dan serbuk perasa.
Cara-cara
-
Tumpuk 3 ulas bawang merah bersama sedikit garam untuk diperapkan bersama-sama ikan kembung. biarkan selama beberapa minit.
-
Kisar 5 ulas bwang merah bersama halia.
-
Panaskan santan di dalam kuali sampai mendidih dan kacau jangan sampai santan tersebut berketul.
-
Masukkan bahan yang dikisar dan kacau. Selepas itu masukkan air asam jawa, garam,gula dan serbuk perasaan secukup rasa.
-
Bila semuanya sebati dan mempunyai rasa yang memuaskan, masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah percik tersebut.
-
Bakar ikan kembung tadi sampai masak. Selepas itu siramkan kuah percik ke atas ikan dan bakar kembali ikan tersebut.ulangi langkah tersebut sebanyak 3 atau 4 kali.pasti ikan percik anda akan sedap.