oleh: umi_e Burger nasi mini

Burger_nasi_mini

satu lagi cara nak mengolah nasi lebih... sesuai utk anak2 kecil yang tak mau makan nasi...


Created on : 27-01-2007

Bahan-bahan ( 8 biji mini )

  • 2 cawan nasi
  • *50gm carot
  • *50gm celary
  • * sayur boleh digantikan dengan sayuran yang disukai...
  • 50gm chedar cheese - potong kecil2
  • 1 biji telor - untuk disapu atas mini burger
  • 1 sudu teh perasa maggi (ikut suka)
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Burger_nasi_1
    Cuci sayur dan potong kecil kemudian masukkan ke dalam mangkok yang berisi nasi dan cheese. Campurkan kesemua bahan dan letakkan peras secukupnya
  2. Burger_nasi_2
    Masuk dalam food processor dan biarkan semua bahan sebati - jika tak ada food processor bolehlah gunakan blender kering atau apa saja cara untuk lumatkan semua bahan agar sebati
  3. Burger_nasi_3
    Ambil sedikit adunan dan bulat2 kan dan ditekan leper - macam buat burber atau bergedil
  4. Burger_nasi_4
    Sapukan telor ke atas burger mini tadi dan masak atas kuali yang telah dilenser dgn minyak/butter
  5. Burger_nasi_5
    Masak kedua bahagian hingga garing dan bolehlah dihidangkan bersama roti atau makan begitu sahaja dengan sos kesukaan anda...