oleh: yani
Roti krim coklat
yani@myresipi.com
roti berinti krim coklat. Breadmaker recipe
Created on :
24-01-2007
Bahan-bahan ( 8 biji )
- -Doh Roti-
- 140ml air
- 20g telur
- 250g tepung roti
- 20g gula
- 4g garam
- 25g mentega
- 3g (1 sudu kecil) dry yeast
- 8g susu tepung
- -Krim coklat-
- 40g coklat
- 300g susu segar
- 40g gula
- 30g tepung jagung
- 12g mentega
- 18g serbuk koko
Cara-cara
-
Masukkan semua bahan-bahan untuk doh roti ke dalam breadmaker. Pilih menu untuk buat doh. ON kan.
-
Sementara itu, sediakan krim coklat. Masukkan susu dan tepung jagung dan serbuk koko ke dalam periuk. Kacau sampai tepung jagung tak berketul.
-
Masukkan pula gula dan coklat yang dipotong kecil-kecil. Masak dengan api sederhana sehingga berkilat sambil dikacau.
-
Bila dah berkilat, padamkan api. Masukkan mentega. Kacau sehingga sebati.
-
Untuk roti pula, keluarkan doh dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan udara. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
-
Ambik satu doh roti, getel memanjang lebih kurang 25-30cm.
-
Kemudian lilit pada kon seperti dalam gambar. Sebelum tu, sapukan kon dengan butter. Buat sampai habis.
-
Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit.Kemudian bakar dengan suhu 180C selama 12 minit. Selepas siap, biarkan di dalam oven lebih kurang 5-10 minit untuk roti kelihatan lebih perang.
-
Keluarkan dari oven, semasa masih panas-panas, sapukan dengan butter cair or suhu bilik untuk nampak lebih berkilat.
-
Bila roti dah sejuk, keluarkan kon dan pipe kan krim coklat tadi ke dalam roti.
-
TIP: Kalau tak nak buat bentuk ni pun takpe.. boleh buat bentuk bulat dan letak krim coklat di dalam.