oleh: mialove
Puding Laici Bersusu
No picture
sesuai dijamu pada waktu petang atau party-party
Created on :
23-11-2006
Bahan-bahan ( erm..banyak la jugak.. )
- bahan-bahan puding :
1/2 paket agar-agar ( bukan agar serbuk tau! )
- 7 tin air ( saiz tin susu pekat manis besar )
- 1 tin susu pekat manis saiz besar
- 1 tin susu sejat Ideal
- 1 tin susu segar ( saiz tin susu pekat manis besar )
- 1 sudu kecil esen vanilla
- gula secukup rasa
- bahan-bahan topping:
- 1 tin laici ( jangan buang airnya )
- 1/2 cawan kordial laici
- gula dan air secukup rasa
Cara-cara
-
cara-cara buat puding:
-
masak agar dengan air sampai hancur. masukkan susu sejat ideal, susu pekat manis, susu segar dan esen vanila.
-
masak hingga mendidih. selepas itu tuang ke dalam bekas puding ataupun bekas-bekas kecil.
-
apabila puding sejuk dan keras, tuangkan topping dan sosnya ke atas puding.
-
cara-cara buat topping:
-
hiris laici kecil-kecil. masak airnya bersama air, kordial laici dan gula.
-
masak di dalam periuk ataupun pan sehingga pekat ( jangan terlalu pekat ).
-
apabila suam-suam kuku, tuangkan ke atas puding yang telah sejuk dan keras itu.
-
masukkan puding di dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan. Selamat Mencuba!!