oleh: dagang
Mee bandung dagang
dagang@myresipi.com
Perencah boleh dibuat banyak jika mahu masak untuk hari berikutnya..
Created on :
08-11-2006
Bahan-bahan ( 4 orang )
- 500g udang kering segar
- cili kering atau cili giling
- gula pasir
- bawang merah 20 biji
- bawang putih 5 biji
- mee kuning 1 peket
- sotong basah
- telur ayam 4 biji atau ikut bilangan orang yang hendak makan
- Sayur sawi 2 ikat
- tauhu goreng 5 keping
- garam
- air untuk kuah
- 5 biji tomato segar
- minyak untuk menumis
- daging lembu ikut suka banyak mana, lagi banyak lagi sedap
- Taugeh (celur)
Cara-cara
-
Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili.
-
Potong kecil sotong basah dan daging lembu.
-
Hiris tauhu goreng nipis-nipis
-
Cuci mee kuning dan toskan
-
Potong sayur sawi dan tomato
-
Untuk memasak perencah mee bandung: Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak)
-
Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
-
Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.
-
Untuk memasak mee bandung: Panaskan kuali dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan.
-
Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.(jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih)
-
Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
-
Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam dan rasa secukup rasa.
-
Tomato,taugeh celur dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.
-
Makan semasa panas
-
Selain mee kuning anda boleh juga menggunakan mee hoon. Tetapi kuahnya tak perlu terlalu pekat.