oleh: maryam81 Fruit Delight Cake

Dsc00001

Resepi Sendiri


Created on : 15-05-2008

Bahan-bahan ( 20cm )

  • 5 biji Telur
  • 2 1/2 Gelas Tepung
  • 1 Gelas Gula Pasir Dikisar
  • 1 Gelas gula perang
  • 1 1/2 Gelas minyak masak
  • 1 1/2 Sudu teh Baking powder
  • 1 sudu makan ovellete
  • 3 Biji Lobak Merah Di sagat halus
  • 1 Biji Epal dihiris nipis
  • 1 biji oren di ambil jus sahaja

Cara-cara

  1. Pukul telur dan hingga kembang. Kemudian masukkan minyak. Pukul hingga sebati.
  2. Masukkan kedua-dua jenis gula dan gaul pukul hingga rata.
  3. Masukkan jus limau, ovellete dan lobak merah. Pukul hingga sebati.
  4. Masukkan kedua-dua jenis tepung. Dan gaul dgn menggunakan senduk kayu. Gaul dgn perlahan, hingga tepung sebati dengan adunan.
  5. MAsukkan separuh adunan kedalam loyang.
  6. Lapislah dengan hirisan buah epal. Dan kemudian masukkan selebih adunan tersebut keatas hirisan epal tadi.
  7. Bakar dalam suhu 190'c selama 45 minit ke 1 jam.
  8. Kek ni jenis padat. Sebab gunakan buahan yang berair.