oleh: tydyna KEK CAIR/MOLTEN CAKE

137774med

digemari kanak-kanak


Created on : 12-05-2008

Bahan-bahan ( 6biji )

  • UNTUK DISAPU PADA ACUAN CAKE/MUFFIN
  • - butter
  • - gula halus
  • BAHAN-BAHAN KEK
  • - 4 sudu makan butter tanpa garam (dipotong kiub pada suhu bilik)
  • - 1/3 cawan gula halus
  • - 3 biji telur gred A
  • - 1/3 cawan tepung naik sendiri
  • - 1/4 sudu kecil garam
  • - 230 gram coklat masakan ( dicairkan)

Cara-cara

  1. Untuk acuan kek/muffin, sapukan butter pada setiap acuan kek/muffin (jangan terlalu tebal). Selepas itu,salutkan acuan tersebut dengan sesudu gula. Lebihan gula hendaklah di keluarkan kembali
  2. Untuk kek pula,pukul butter dan gula sehingga kembang.Apabila sudah kembang,masukkan telur satu per satu.pukul sehingga ianya sebati
  3. Kemudian masukkan tepung dan garam..pukul lagi dan akhir sekali,masukkan coklat masakan yang sudah pun dicairkan terlebih dahulu
  4. Isi adunan kek tadi kedalam acuan kek/muffin. Bakar sehingga bahagian atas kek kelihatan seperti sudah tidak cair ( 8minit ke 10 minit sahaja)
  5. Keluarkan kek dari oven dan biarkan selama 10 minit.
  6. Untuk dihidang,keluarkan kek dari acuan dan dihidang dalam keadaan terbalik seperti gambar di atas. Jika suka,boleh lah tabur sedikit gula aising sebagai hiasan