oleh: azwalissa Sepahat Goreng Berlada

Pic_112_

sejenis makanan laut yang esotik..


Created on : 09-05-2008

Bahan-bahan ( 200g sepahat )

  • 200g Sepahat (sejenis siput berbentuk buluh)
  • 3 sudu cili boh
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 ulas bawang putih cincang
  • 2 batang serai
  • Garam & Gula secukup rasa
  • Bawang besar (potong bulat)

Cara-cara

  1. Cuci dan rebuskan sepahat sehingga empuk. Kemudian toskan airnya.
  2. Tumis bawang putih dan cili boh hingga garing. Kemudian masukkan sos tiram dan serai (ketuk).
  3. Bubuh garam & gula secukup rasa, kemudian masukkan sepahat dan gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan bawang potong bulat sebagai hiasan. Jika mahu lebih kuah, tambahkan sedikit air, tutupkan kuali dengan api kecil sehingga mendidih. Siap untuk dihidang.