oleh: rhyniazz Ayam Masak Asam Pedas Bersantan

Dsc00010

Asalnya asam pedas, tapi saya cuba2 tambah santan, sedap juga


Created on : 08-05-2008

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 6 ketul ayam
  • *1 labu bawang besar
  • *1 ulas bawang putih
  • *1 cm halia
  • *1 cm lengkuas
  • *1 cm kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • sedikit garam dan serbuk kunyit untuk ayam
  • sekeping asam keping
  • 2 sudu besar cili boh
  • 1 helai daun kunyit
  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • 1 cawan air
  • 1 cawan santan

Cara-cara

  1. Dsc00003
    perap ayam dengan garam dan serbuk kunyit sebentar dan digoreng separuh masak
  2. bahan2 bertanda * dihiris dan di blend bersama.
  3. Dsc00005
    panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang diblend serta cili boh hingga naik bau
  4. masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi. gaul rata supaya ayam dan rencah mesra
  5. masukkan air dan biar mendidih supaya ayam masak
  6. Dsc00006
    masukkan asam keping, gula, garam dan serbuk perasa (jika mahu).
  7. Dsc00007
    masukkan santan dan biar hingga pecah minyak
  8. Dsc00008
    masukkan daun kunyit yang telah dihiris
  9. Dsc00009
    biar sebentar supaya daun kunyit layu dan rasanya meresap ke dalam kuah
  10. sedia untuk dihidangkan