oleh: putra_yanty
Gulai telur itik
putra_yanty@myresipi.com
senang jer nak masaknya
Created on :
24-04-2008
Bahan-bahan ( 6 orang makan )
- 6 biji telur itik
- 1/2 kilo santan segar
- 3 ulas bawang merah*
- 1 ulas bawang putih*
- 5 biji cili padi*
- 2cm kunyit hidup*
- 1 helai daun kunyit
- 2 batang serai
- 1 keping asam keping
- garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
-
Blendkan semua bahan yang bertanda *. Kemudian masukkan kedalam periuk bersama-sama dengan santan.
-
Ketuk serai dan daun kunyit tu diracik-racik dahulu, kemudian masukkan ke dalam periuk, beserta dengan asam keping, garam dan gula.
-
Hidupkan api, dan masak. Semasa memasak, pastikan anda sentiasa kacau santan tersebut agar tidak berketul-ketul. Bila dah mengelegak, pecahkan telur sebijik demi sebijik kedalam santan tersebut. Biarkan telur tu masak sendiri tanpa mengacau santan tersebut.
-
Bila agak2 telur tu dah mengeras, bolehlah padam kan api tersebut. Dah pun siap.. senang sangat.. selamat mencuba