oleh: sofinar
Kek pisang sempoi
sofinar@myresipi.com
kawan lama mak buat masa kta orang melawat rumah dia setelah beberapa tahun tak jumpa. cubalah ada kengkawan yang buat berniaga resepi ni
Created on :
13-04-2008
Bahan-bahan ( sekeluarga )
- 150g pisang emas - dilecek
- 180g tpg gandum
- 180g gula halus /gula icing
- 3 biji telor
- 120ml minyak masak
- 1 sudu teh ovelate
- 1 sudu teh soda bikabonat
- 1 sudu teh baking powder
- secubit garam
Cara-cara
-
campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
-
masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
-
pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda