oleh: tulip77
Apam Harum Manis
tulip77@myresipi.com
rasa manis gula melaka & pisang
Created on :
27-03-2008
Bahan-bahan ( 40biji )
- 300 gm gula melaka
- 350 ml air
- 3 biji telur
- 200 gm gula pasir
- 350 gm tepung gandum
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh bicarbonate of soda
- 1/4 sudu teh garam
- 1 sudu maka esen vanilla
- 50 gm mentega, dicairkan
- 8-9 biji pisang raja dihiris bulat tipis
Cara-cara
-
Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan. Pukul telur dan gula hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
-
Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati
-
Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan ½ penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan.Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu.Adunan ini blh dapat 40biji apam.
-
*** Isi separuh sahaja, apam ni akan naik tinggi ***