oleh: maryam81
Kek Lapis coklat
maryam81@myresipi.com
kek lapis sarawak yang paling mudah
Created on :
21-03-2008
Bahan-bahan ( 8" x 8" x 2.5" )
- 1. 360gm mentega.
- 2. 1 gelas gula pasir yg tlh dikisar
- 3. 10 biji telur ayam.
- 4. 1 ½ gelas tpg gandum
- 5. 100gm horlick.
- 6. 1 tin kecil susu pekat
- 7. 1 sudu makan ovellet
- 8. 1 botol chocolate paste.( Chocolate Emulco )
- 9. 1 sudu makan koko
Cara-cara
-
Masukkan gula & mentega dan pukul hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan tepung dan diikuti dgn horlicks. Pukul hingga sebati.
Masukkan susu & ovellet.Pukul hingga sebati.
-
Bahagi kepada 2 adunan.
a) masukkan koko & chocolate paste.
b) Biarkan kosong (warna krim)
-
Alaskan Loyang dgn kertas minyak.
Masukkan sesenduk adunan krim kedlm Loyang.
Bakar guna api atas & bawah.
Jika kek di bahagian atas sudah agak kuning keperangan,
Bolehlah di lapis dgn adunan coklat.
Buat sehingga habis adunan.
Lapisan kedua hingga terkhir guna api atas sahaja.