oleh: nor_67 Lala masak serai

Lala_masak_serai

masakan yg ringkas bg penggemar lala


Created on : 19-03-2008

Bahan-bahan ( 3 org makan )

  • 500 gm lala - dibersihkan dan toskan
  • 3 batang serai - dipotong serong
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1in halia - dipotong panjang
  • 5 biji cili api - diketuk
  • 1 sb sos tiram
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • daun bawang, tomato ceri
  • garam dan gula utk perasa
  • 2 sb minyak

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masukkan lala. Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna.
  3. Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air. Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang.
  4. Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah dimakan dgn nasi putih.