oleh: Ringo Nasi Ketumbar @ Coriander Coconut Rice

2308460731_c8882311ce

resipi cipta sendiri selepas teringat nasi yg dijual kat Whole Foods Market, California tahun 2003-2004. ada lagi ker la ni?? kena tanya orang sana :D


Created on : 04-03-2008

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 3 cawan beras (actually basmati is better but jasmine also nice)
  • 3 cawan air + 200ml thick coconut milk (kurang atau lebihkan air mengikut jenis beras yang digunakan)
  • 3 pokok ketumbar (ambik daun sahaja)
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 3 cloves
  • 2 ulas bawang merah or 1/2 bawang besar (dadukan)
  • garam secukup rasa
  • 1 sb minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. basuh beras, toskan air.
  2. chop atau blend ketumbar dengan sedikit santan (sudukan dari campuran air dan santan)
  3. masukkan kulit kayu manis dan cloves kedalam minyak dan panaskan dengan api perlahan. masukkan bawang dan goreng sampai bawang agak2 jernih.
  4. masukkan beras, kacau. masukkan daun ketumbar dan santan, perisakan dengan garam. tanak seperti biasa.
  5. klu tak reti masak periuk biasa, boleh lah tuangkan 4. kedalam periuk letrik dan masak mcm biasa.
  6. sedap dimakan dengan sebarang sambal tumis, rendang dan juga kari seperti makan nasi lemak.