oleh: azwalissa
Side Dishes Nasi Ayam ala TCRS
azwalissa@myresipi.com
kombinasi lauk-lauk nasi ayam ala The Chicken Rice Shop
Created on :
10-01-2008
Bahan-bahan ( 4 orang )
- A) Kerabu Mangga : 1 biji mangga muda - hiris nipis
- 2 btg serai, hiris nipis
- 5 tangkai cili padi - lebihkan kalau suka pedas
- sedikit sos ikan
- garam dan gula secukup rasa
- hirisan cili merah dan daun bawang sebagai hiasan.
- B) Ipoh Taugeh : Taugeh (anggaran 50ยข)
- 3 sudu sos tiram
- sedikit lada sulah
- hirisan cili merah, bawang goreng dan daun sup/bawang sebagai hiasan
- C) Egg Tofu with Oyster Sauce
- 2 bungkus tofu telur - potong 2
- 1/2 cawan sos tiram campur 1/2 cawan air
- sedikit lada sulah
- bawang goreng, daun sup/bawang & hirisan cili merah sebagai hiasan
Cara-cara
-
Menu A) - campurkan semua bahan dan gaul rata. Hiaskan dengan cili merah dan daung bawang.
-
Menu B) - Buang kulit taugeh dan basuh taugeh bersih-bersih. Letakkan dalam mangkuk dan tuangkan sos tiram. Taburkan sedikit lada sulah dan hias dengan cili merah. Kukus sebentar (jangan sampai taugeh layu) dan keluarkan. Taburkan daun sup/ daun bawang & bawang goreng sebagai hiasan.
-
Menu C) - masukkan tofu yang telah dipotong kedalam mangkuk. Tuang campuran sos tiram dan air kedalam mangkuk tersebut. masukkan sedikit lada sulah. Kukus selama 2 minit.
Setelah masak, keluarkan dan hias dengan bawang goreng & daun sup & daun bawang.
*note* kalau nak sedap boleh tambah udang kering tumbuk macam kat TCRS tu..
-
resepi side dishes ini sedap dimakan bersama nasi ayam & roasted chicken. ia merupakan pilihan menu yang sihat kerana dimasak secara kukus dan tidak menggunakan minyak.
-
selamat mencuba!