oleh: tuntung15
Agar-Agar Kering Berperisa
tuntung15@myresipi.com
1st time buat. Hasilnye amat memuaskan. Musuh utamanyer hujan dan sang semut.
Created on :
06-10-2007
Bahan-bahan ( Banyak wei.......k ogy buat 3 adunan )
- 50gm Agar-agar kering
- 400gm gula pasir
- 1 cawan gula batu
- 8 gelas air
- Emulco/pewarna mengikut selera masing-masing
Cara-cara
-
Rebus agar-agar kering dengan 8 gelas air sehingga mendidih.
-
Masukkan gula pasir dan gula batu. Biar mendidih lagi.
-
Masukkan adunan kedalam loyang. Masukkan emulco/pewarna mengikut selera masing-masing. Kak ogy guna emulco strawberi untuk warna merah, pandan untuk warna hijau, pisang untuk warna kuning dan vanilla untuk warna putih.
-
Setelah sejuk bolehlah dipotong. Jangan potong terlalu kecil sebab agar-agar mengecut selepas kering. Jemur agar-agar. Disini perlukan kesabaran ye. Sesekali balik2kan agar2 supaya kering sekata. Jemur sehingga agar-agar bersaka dan tidak melekat. K ogy jemur agar-agar ni selama seminggu.