oleh: tuntung15
Peach Mirror Pudding
tuntung15@myresipi.com
Enak dimakan sejuk.
Created on :
15-09-2007
Bahan-bahan ( Terpulang kepada bekas desert )
- 300ml air
- 150ml peach juice
- 450ml susu segar
- 150gm gula
- 30gm instant jelly
- 40gm tepung custard
- 1/2 sudu teh rata garam
- 2 biji kuning telur
- Sedikit esen vanilla
- Buah peach dipotong memanjang
- Untuk lapisan atas
- 650ml air + lebihan peace juice (jika ada)
- 60gm gula (kalau ada lebihan peace juice banyak kurangkan gula kepada 30 gm)
- 25gm instant jelly
- Sedikit peach essence
- 2 titik pewarna lemon yellow
Cara-cara
-
Dalam periuk, satukan semua bahan bawah, kacau sebati baru jerangkan atas api. Ini untuk mengelakkan adunan berbintil-bintil.
-
Sentiasa kacau adunan. Masak sehingga agak pekat. Tuangkan kedalam acuan deset.
-
Biar adunan sejuk/keras, bolehlah aturkan buah peach.
-
Untuk lapisan atas, satukan semua bahan, masak sehingga mendidih. Tuang kedalam mangkuk desert perlahan-lahan. Kena tuang pelahan kerana desert lembut takut nanti lapisan bawah pecah dan berselerak.
-
Bila dah sejuk, masukkan dalam peti ais. Enak dimakan sejuk.