oleh: mutiarazura
Chewy Chocolate Brownies
mutiarazura@myresipi.com
Untuk chocoholics!
Created on :
15-09-2007
Bahan-bahan ( 6 orang )
- 200gm butter
- 250gm coklat masakan gelap (kalau boleh yang 70% cocoa solids)
- 3 biji telur
- 120gm gula kaster
-
150gm tepung gandum, di ayak
- 100gm kacang pilihan, potong kecil (saya guna badam)
- UNTUK TOPPING :
- 200gm coklat masakan gelap
- 120ml whipping cream
Cara-cara
-
Buat topping dulu. Cairkan coklat bersama-sama whipping cream menggunakan kaedah double boiler.
Bila coklat telah cair dan sebati, alihkan dan biar sejuk.
-
Panaskan oven 180 darjah celcius (convection).
-
Cairkan coklat dengan butter guna kaedah double boiler. Alihkan dan biar sejuk selama 5 minit.
-
Selepas itu, pukul telur dan gula dalam bekas lain dan masukkan ke dalam adunan coklat + butter cair tadi. Kacau sebati.
-
Masukkan tepung yang telah di ayak tadi serta kacang dan kacau sebati.
-
Masukkan adunan ke dalam tray 8 inci yang telah dilapk kertas timah (foil).
-
Bakar selama 30 minit. Sejukkan sebelum letak topping. Sejukkan dan potong segiempat kecil-kecil sebelum hidang.