oleh: yani
Roti bunga
yani@myresipi.com
sebiji roti dengan pelbagai jenis inti
Created on :
22-09-2006
Bahan-bahan ( 12 biji )
- 200ml air
- 300g tepung roti
- 14g gula
- 3g garam
- 16g shortening/lemak sayur
- 3g dry yeast
- 6g susu tepung
- =========OPTIONAL===================
- wulnut
- kismis
- sosej
- cheese
- coklat
- plum
Cara-cara
-
masukkan semua bahan ke dalam breadmaker ikut turutan. Pilih menu untuk buat doh roti. ON kan
-
Bila dah siap, keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
-
Bahagikan doh kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
-
Ambik satu doh roti. Canaikan. Potong seperti dalam gambar. Setiap bahagian letaklah inti yg berlainan. Inti ni boleh letak apa saje yg sesuai.. ikut selera masing-masing.
-
Buatlah bentuk bulat. Aturkan biar jadi bentuk bunga. Ulang untuk semua doh roti yg lain.
-
Biarkan roti naik 2 kali ganda. Kemudian sapukan dengan telur. Bakar dalam oven selama 12 minit pada suhu 180C
-
Kalau nak roti nampak lebih perang. Biarkan dalam oven selama 5-10minit sebelum dikeluarkan. Kemudian sejukkan roti di atas radar kek.