oleh: tuntung15 Manggo Boat

Tn_1_

Resepi dari Philippina. Hubby ajar.


Created on : 23-07-2007

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 3 biji Mangga Masak
  • 20 keping biskut marie - untuk topping (dihancurkan)
  • Beberapa keping biskut marie untuk dasar (tidak perlu dihancurkan)
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair

Cara-cara

  1. Didalam bekas, susun dasar dengan biskut marie. Buat 2 lapisan biskut. Oleh kerana biskut marie bentuknya bulat so dimana-mana ruang kosong pecahkan biskut marie dan diisikan ruang kosong tersebut.
  2. Kupas Mangga, hiris dan susun diatas dasar biskut marie.
  3. Gaulkan susu pekat dan susu cair sehingga sebati dan tuang separuh keatas mangga
  4. Taburkan biskut marie yang telah dihancurkan
  5. Tuang lebihan susu keatas biskut marie
  6. Guna sudu dan tekan-tekankan topping supaya semua kena dengan susu
  7. Simpan didalam peti sejuk. Bila nak hidang boleh lah dipotong - potong.