oleh: zeera Cheesy Blueberry Cheese Cake

Cheesy_cheese_cake

Dapat resepi dari kawan, i buat hari ni sempena ulangtahun perkahwinan i... ;)


Created on : 02-05-2007

Bahan-bahan ( loyang kek 8 inci.. )

  • 100gm biskut digestive (hancurkan)
  • 60gm mentega (dicairkan)
  • BAHAN A
  • 350gm krim keju Philladelphia
  • 80gm mentega
  • BAHAN B
  • 180gm krim segar
  • 4 biji kuning telur
  • 15gm tepung superfine
  • 15gm tepung jagung
  • BAHAN C
  • 180gm gula kastor
  • 4 biji putih telur
  • 1/4 sudu teh tartar krim
  • BAHAN D
  • 2 sudu besar blueberry filling

Cara-cara

  1. Satukan biskut dan mentega. Ramas hingga sebati dan padatkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu. Gunakan loyang yang boleh dibuka bahagian bawahnya. Ketepikan.
  2. Pukul bahan C hingga menjadi meringue. Ketepikan.
  3. Putar bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan bahan B mengikut urutan.
  4. Perlahan-lahan masukkan meringue ke dalam adunan tadi (no.3) dan kaup balikkan perlahan-lahan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu.
  5. Masukkan blueberry filing dan gaul sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang biskut tadi. steam-bake kek ini selama 90 minit dengan suhu 170 darjah. Balut loyang dengan kertas timah supaya tidak dimasuki air.
  7. Setelah masak, biarkan kek dalam oven selama 1 jam sebelum dikeluarkan. Kemudian sejukkan kek ini dalam peti sejuk. Kek ini sedap dimakan apabila sejuk.