oleh: skyblue
Ayam Serai Thai
skyblue@myresipi.com
Rasa pedas, manis dan masam... sedap.
Created on :
26-04-2007
Bahan-bahan ( 2 orang )
- 6 ketul kepak ayam, bahagian tengah
- 1 sudu kecil sos ikan
- 1 sudu besar jus lemon
- *3 batang serai, guna bahagian putih sahaja
- *2-3 biji cili api (*dikisar)
- 1 sudu kecil gula, boleh diganti dgn syrup atau honey
- Garam secukup rasa
- 1 sudu kecil minyak masak
- Daun sup dan lemon untuk hiasan
Cara-cara
-
Masukkan semua bahan2 kecuali yg bertanda # ke dalam zip lock bag. Gaulkan sehingga rata. Simpan/perap dalam peti sejuk selama 1 jam. Nak sedap lagi, simpan overnight.
-
Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
-
Lapiskan baking tray degan aluminum foil, sapukan degan minyak masak. Letakkan ayam yang telah diperap ke atasnya dengan bahan perap sekali.
-
Bakar selama 15 minit untuk bahagian atas dan bawah. Lepas itu, oven grill sehingga permukaannya jadi perang sikit.
-
Letak ayam didalam pinggan dan tuangkan kuah dia ke atasnya, hiaskan dgn daun sup dan lemon.